Mengenai Kami

SteviaSugar Corporation(M) Sdn Bhd

SteviaSugar™ Corporation(M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat mengkhusus dalam  mananam, menuai, mengekstrak, dan menapis tumbuhan manis Stevia Rebaudiana menjadi pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori iaitu Rebaudioside-A (StebianA Stevia).

Selain menghasilkan Rebaudioside-A (StebianA Stevia) sebagai pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori untuk minuman dan makanan serta industri farmaseutikal, syarikat kami berazam untuk menghasilkan pelbagai produk menggunakan stevia seperti :

StebianA Stevia
Ekstrak stevia yang tulen dan tidak pahit untuk makanan, minuman dan industri farmaseutikal (Rebaudioside-A)

SureVia Stevia

Produk kesihatan dan kecantikan untuk pengguna yang dihasilkan daripada ekstrak stevia
GreenVia Stevia
Daun Stevia, Serbuk hijau Stevia and tumbuhan Stevia
NaturVia Stevia
Bahan semulajadi untuk industri makanan dan farmaseutikal

Pengasas syarikat, Dr Irfan Unal , merupakan salah seorang perintis bagi Stevia di Malaysia telah melakukan penyelidikan dengan meluas tentang tumbuh-tumbuhan semulajadi yang bersifat manis, terutama kajian mengenai Stevia lebih sedekad yang lalu. Melalui penyelidikan beliau, syarikat kami berjaya membiakkan satu baka hibrid khas tumbuhan Stevia yang menghasilkan peratusan lebih tinggi Rebaudioside-A (StebianA Stevia).

Kami juga membangunkan sistem unik penulenan air berasaskan Stevia untuk menghasilkan Rebaudioside-A (StebianA Stevia) yang tulen yang mana ia merupakan ekstrak Stevia yang terbaik dalam pasaran.