Mengenai Kami

Perkhidmatan Yang Disediakan

service

Selain produk runcit dan borong, kami juga menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan industri makanan dan minuman.

1) PERKHIDMATAN FORMULASI PRODUK

Berbekalkan pengalaman di dalam industri makanan dan minuman, SteviaSugar™ Corporation menyediakan formulasi produk mengikut citarasa pelanggan.

Kami memenuhi keperluan anda dengan memahami pasaran, ciri produk, dan pengguna sasaran. Sebagai contoh dalam industri kopi segera, kami mampu menyediakan campuran kopi yang enak disamping dapat memberi manfaat terhadap kesihatan dengan menggabungkan pelbagai agen makanan, herba dan pemanis Stevia.

Kami komited; dan untuk tujuan ini kami mempunyai kepakaran saintis makanan untuk menghasilkan formulasi campuran terbaik. Pra-kajian dan khidmat nasihat bagi sesuatu produk itu meliputi pelbagai aspek; samada keperluan pasaran, kos pengeluaran, faedah dan bahan utama bagi setiap produk.

 

2) PERKHIDMATAN "CONTRACT MANUFACTURING"

Untuk melengkapkan perkhidmatan formulasi, kami juga menawarkan perkhidmatan kontrak pengilang OEM untuk produk anda.

Dengan kemudahan status GMP, kami mampu menghasilkan produk anda dalam bentuk tablet, kapsul, serbuk dan campuran. Pengilangan ini juga termasuk pembungkusan produk sehingga ia siap untuk dipasarkan kepada pengguna.

Kami menggunakan mesin dan kaedah pengilangan yang berteknologi tinggi untuk menjamin kawalan kualiti di bawah piawaian GMP.

Hubungi Kami sekarang untuk maklumat selanjutnya!


GMP Halal