Panduan Membeli

Panduan Membeli Produk SteviaSugar Corporation(M) Sdn Bhd

Cara membuat pembelian menggunakan transaksi kredit kad :

 

Langkah 1 :

Sila pilih produk yang ingin dibeli dan klik butang Add to Cart untuk menambah produk ke dalam shopping cart dan seterusnya anda akan ke laman checkout.

 

Langkah 2 :

Laman checkout anda.

  1. Jika anda ingin teruskan membeli, sila klik butang Continue shopping dan ulang Langkah 1.

  2. Jika anda ingin menukar kuantiti produk yang ingin dibeli, sila masukkan kuantiti yang diingini dalam ruangan Quantity atau jika anda tidak mahu membeli produk yang dipilh, anda boleh tandakan pada ruangan hapus( Remove ) yang terletak bersebelahan dengan nama produk dan seterusnya klik butang Update cart.

  3. Jika anda ingin checkout, klik butang Proceed to checkout.

 

Langkah 3 :

Daftar akaun PayPal atau Log Masuk

  1. Jika anda tidak mempunyai akaun PayPal, anda boleh mendaftar dengan mengisi borang di sebelah kiri dan seterusnya klik butang Agree and Continue.

  2. Jika anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh log masuk dengan menggunakan alamat emel dan kata laluan di sebelah kanan dan seterusnya klik butang Log In. Anda tidak perlu mengisi borang yang ada disebelah kiri.

 

Langkah 4 :

Semakan Pembayaran

Sila semak pesanan produk, kaedah pembayaran, alamat penghantaran dan maklumat untuk dihubungi. Jika anda ingin menukar alamat penghantaran anda boleh klik pada link Change. Jika semua maklumat adalah betul, sila klik butang Pay Now.